Wednesday 18 February 2015

Aktiviti kokurikulum -Bola baling 2015

Assalammualaikum semua pembaca blog....
Bersua kita kembali dengan berita dan cerita terkini Sk Teluk Kepayang.....
Tahun 2015 merupakan tahun yang semakin mencabar dan lebih banyak aktiviti yang akan dijalankan...Insyaalah saya akan meluangkan masa untuk update blog ini dari masa ke semasa...

Perlawanan Bola baling (L &P)
Tarikh :  30 & 31  Jan 2015 (Jumaat) 
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Di SMK Layang-Layang kiri
Pasukan Murid Perempuan terdiri daripada 12 peserta . Walaupun telah tewas dalam kumpulan namun semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan amat membanggakan.
Syabas ! dan cuba lagi tahun hadapan.
Pada keesokan harinya pasukan murid lelaki pula mencuba nasib ....alhamdulilah berjaya menjadi juara kumpulan dan akan masuk ke peringkat seterusnya pada 6 Feb. Namun tewas dengan SK Dato Sago dengan kiraan 3-2.
Tahniah diucapkan kepada pasukan murid lelaki walaupun tewas namun menunjukkan semangat juang yang tinggi....insyaalah kita cuba lagi tahun hadapan....










 Post by  cikgu farizah

No comments:

Post a Comment