Monday 10 February 2014

Aktiviti DSV Tahun 3 ( Teknik Renjisan)

Askm.... semua...

Aktiviti seni dijalankan setiap 60 minit seminggu . Ianya aktiviti yang menarik minat dan menyeronokan oleh semua murid. Ia dapat melahirkan murid yang kreatif dan inovatif, malah secara tidak langsung dapat mencungkil bakat semulajadi murid................

by cikgu farizah SKTK














Aktiviti Kokurikulum - Pertandingan Membuat Sandwich Sardin

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Pada Rabu (5/2/2014) yang lalu....aktiviti koko yang diminati murid SKTK iaitu pertandingan membuat Sandwich Sardin. Seronok melihat gelagat murid Tahun 3 hingga 6 yang berusaha bertungkus lumus menyediakan sandwich yang terbaik untuk kumpulan mereka. Mari kita lihat aksi-aksi mereka dan guru -guru SKTK......






















Tuesday 4 February 2014

Program Transisi Tahun 1

Tahun 1 merupakan tahun permulaan ke dunia sebenar  persekolahan . Seramai 16 orang iaitu 9 murid lelaki dan 7 orang murid perempuan telah mendaftar ke sekolah kami.Guru kelasnya pula ialah saya sendiri iaitu Cikgu Norfarizah Bt Mohamed Yusof. Saya telah mengadakan aktiviti membina kreativiti murid Tahun 1 dengan membina model melalui permainan Leggo. Semua murid Tahun 1 sangat teruja dan dapat merekacipta model yang mereka sukai.














Aktiviti Sains murid Tahun 4 dan 5 SKTK

Mata pelajaran Sains merupakan subjek yang diminati oleh semua murid SKTK. Ini adalah kerana sains banyak melibatkan aktiviti inkuari penemuan, eksperimen , kreativiti, reka cipta dan banyak lagi yang akan saya postkan dari masa ke semasa....cikgu Farizah.











Pelancaran Program Nilam Peringkat sekolah 2014

Pelancaran Program Nilam  SKTK telah diadakan pada 4 Feb 2014 (Selasa ) oleh Penyelaras PSS iaitu Cikgu Hh Fatimah Abu Hassan. Ianya telah diadakan di dataran Kantin Sekolah yang dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Cikgu Kushariry B Mohd Rafie. Sebagai simboliknya semua guru kelas menerima buku Nilam dan Buku Rekod Tahunan Nilam. Pada tahun ini ganjaran Program Nilam pada tahun ini lebih lumayan yang telah dijanjikan Tuan Guru Besar. Yang pasti menarik minat dan ransangan murid SKTK ialah sebuah Basikal Fixzi yang akan dipamerkan di Pusat Sumber sekolah. Jadi .....apa lagi ...mari semua murid SKTK rebut peluang yang ada dan menangi hadiah-hadiah yang dijanjikan. "Banyak Membaca , Banyak Ilmu Yang Diperolehi ".....Hidup Nilam SKTK.






Ceramah Maulidur Rasul

Sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan Ceramah Maulidur Rasul pada 24 Jan 2014 (Jumaat).Semua murid terlibat dan memperolehi ilmu daripada penceramah.Program ini dibawah anjuran panitia agama Islam- Ustazah Nor Azizah