Tuesday 4 February 2014

Pelancaran Program Nilam Peringkat sekolah 2014

Pelancaran Program Nilam  SKTK telah diadakan pada 4 Feb 2014 (Selasa ) oleh Penyelaras PSS iaitu Cikgu Hh Fatimah Abu Hassan. Ianya telah diadakan di dataran Kantin Sekolah yang dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Cikgu Kushariry B Mohd Rafie. Sebagai simboliknya semua guru kelas menerima buku Nilam dan Buku Rekod Tahunan Nilam. Pada tahun ini ganjaran Program Nilam pada tahun ini lebih lumayan yang telah dijanjikan Tuan Guru Besar. Yang pasti menarik minat dan ransangan murid SKTK ialah sebuah Basikal Fixzi yang akan dipamerkan di Pusat Sumber sekolah. Jadi .....apa lagi ...mari semua murid SKTK rebut peluang yang ada dan menangi hadiah-hadiah yang dijanjikan. "Banyak Membaca , Banyak Ilmu Yang Diperolehi ".....Hidup Nilam SKTK.






No comments:

Post a Comment