Thursday 19 February 2015

Aktiviti Pdp pengawetan makanan

Assalammualaikum semua pembaca blog...
jumpa lagi kita dengan cerita terkini...
Hari ini saya ada kelas tambahan bersama murid-murid tahun 6.Seorang murid tidak hadir.Dah janji dengan murid-murid tahun 6 nak masukkan aktiviti hari ini dalam blog sekolah......so bergaya lah mereka...
Tarikh : 19 feb 2015 (Khamis) Cuti raya cina
Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Aktiviti Pdp : Pengawetan makanan
Amali : Membuat jeruk betik dan buah kedondong serta nak cuba jeruk epal.











post by cikgu farizah

Wednesday 18 February 2015

Aktiviti amali sains murid SKTK 2015

Aktiviti amali sains murid-murid SKTK sepanjang hampir dua bulan persekolahan............













post by cikgu farizah

Aktiviti seni murid tahun 2

Bercerita tentang aktiviti seni sememangnya menyeronokkan bukan sahaja guru yang mengajar malah murid terutamanya. Mata pelajaran Dunia Seni Visual amat diminati dan dinanti-nantikan oleh murid-murid. Tahun ini saya masih lagi diberi peluang untuk mengajar seni tahun 2...Banyak aktiviti yang kami telah jalankan.....









Post by cikgu farizah

Majlis Bertemu waris tahun 6


Satu lagi aktiviti penting sekolah ialah kecemerlangan murid Tahun 6 dalam UPSR.
Aktiviti : Perjumpaan Waris Murid Tahun 6 & Pelancaran Mento Mentee
Tarikh: 20 Januari 2015 (Selasa)
Masa : 3.00 - 5.30 petang
Penglibatan : Semua Guru SKTK Dan Semua Murid tahun 6
Semoga Tahun 2015 menjanjikan kecemerlangan dan kesempurnaan dalam UPSR 100%.









Post by cikgu farizah

Aktiviti kokurikulum -Bola baling 2015

Assalammualaikum semua pembaca blog....
Bersua kita kembali dengan berita dan cerita terkini Sk Teluk Kepayang.....
Tahun 2015 merupakan tahun yang semakin mencabar dan lebih banyak aktiviti yang akan dijalankan...Insyaalah saya akan meluangkan masa untuk update blog ini dari masa ke semasa...

Perlawanan Bola baling (L &P)
Tarikh :  30 & 31  Jan 2015 (Jumaat) 
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Di SMK Layang-Layang kiri
Pasukan Murid Perempuan terdiri daripada 12 peserta . Walaupun telah tewas dalam kumpulan namun semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan amat membanggakan.
Syabas ! dan cuba lagi tahun hadapan.
Pada keesokan harinya pasukan murid lelaki pula mencuba nasib ....alhamdulilah berjaya menjadi juara kumpulan dan akan masuk ke peringkat seterusnya pada 6 Feb. Namun tewas dengan SK Dato Sago dengan kiraan 3-2.
Tahniah diucapkan kepada pasukan murid lelaki walaupun tewas namun menunjukkan semangat juang yang tinggi....insyaalah kita cuba lagi tahun hadapan....










 Post by  cikgu farizah